BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, April 30, 2010

==:: SAHABAT-HAWARY ::===


=SAHABAT-HAWARY=


Pertemuan...
telah ditakdirkan...
antara kita tidak pernah dirancangkan...
manalah takdir hendak dilawan...
semuanya ketentuan tuhan...


wahai sahabat sematkan semua kenangan
yang telah bersama sama kita lalui
suka dan duka memburu impian..
moga teguh..nya ikatan ini..


sahabat...
yang amat ku kasihi.. (kasihi..)
susah senang kau disampingku.. (di sampingku..)
kehadiran dikau disisi.. (sahabatku)..
mengubat sepi dihatiku...


wahai sahabat sematkan semua kenangan
yang telah bersama -sama kita lalui
suka dan duka memburu impian...
moga teguhnya ikatan ini...


sahabat...
yang amat ku cintai.. (cintai..)
susah senag kau disampingku.. (di sampingku..)
walau kini hilang dimata.. (sahabatku..)
namun kau tetap dihatiku.. (sahabatku..)


oooooo...
sahabat bertuahnya ku rasa
mendapat teman sepetimu
membimbing menasihatiku...
hanya satu dlm beribu.....


ooooooo......
sahabat yang amatku cintai....
susah senang kau disampingku...
walau kini hilang dimata....
namun kau tetap dihatiku...


namun kini...
hanyalah tinggal kenangan
pertemuan kita dilamat perpisahan
kemesraan bermekar diakhir perkenalan
sayup menitiskan air mataku...



ps:- lagu ni khas utk sume sahabat2..smg ukhwah antara kita berkekalan..insyaALLAH..




Saturday, February 20, 2010

BUTAKAH CINTA???

Cinta itu buta?
Memang cinta itu tidak bermata,
Tapi tidak pula buta,
Kerana kitalah mata itu,
Mata yang letaknya di hati,
Hati yang seharusnya berjalankan petunjuk-Nya bukannya
yang disuluh dari cahaya duniawi.
Seharusnya janganlah biar ia dikaburi nafsu ,
Kelak ketajaman mata itu kian hilang bisanya lalu terus tumpul.
Asahlah ia dengan zikrullah,
Siramilah ia dengan basah lidah suarakan selawat buat Rasullullah,
Suburilah ia dengan muhasabah...

**************************
Kenapa dikatakan cinta itu buta??
Kerana bila tidurnya tidak lena ,
Mandinya tidak basah,
Makannya tidak kenyang,
Hilang tumpuan sibuk & asyik terkenangkan orang tersayang,
Ingatan persis layang-layang terbang di awan terapung bersama angan-angan,
Bila nasihat orang tua dikatakan penghalang,
Bila yang haram menjadi halal,
..berjalan beriringan sambil berpegang tangan,
.. naik motor berpelukan takut tercicir dijalanan,
.. lama -kelamaan kesucian menjadi korban,
Kononnya sebagai tanda cinta sejati tidak berbelah bahagi.
Yang paling diendahkan..:
Bilamana tanggungjawab sebagai hamba-Nya mula diabaikan,
Bilamana kitab-Nya sudah tidak betah ditangan,
..dek kerana mata hati yang mula kabur terjerumus dalam cinta dunia..

************************************
Ya Allah, jangan kiranya hati itu milikku,
Ya Allah, jangan juga kiranya anak itu adalah aku,
Ya Allah, ku tak sanggup memiliki tangan itu,
Ya Allah, jauhkanlah dari ‘dimiliki’ mahupun memiliki cinta seperti itu.
Ya Allah , ku takut kiranya akulah hamba-Mu yang tidak bertanggungjawab itu…
Ku pohon pada-Mu , payungilah aku dari panahan nafsu syaitan,
Ku harapkan teduhan di bawah lembayung rahmat-Mu,
Ku tagih redup dari rimbunan pohon kasih sayang-Mu,
Ku tahu ya Allah, ku tak layak menghuni syurga-Mu,
tapi tidak pula ku ingin ke Neraka-Mu..Amin.
Namun begitu ya Allah, layakkah aku untuk CINTA AGUNG-MU??

“Layakkah kita untuk mengasihi manusia sekiranya kasih dan cinta kita pada Pencipta manusia itu masih belum mantap. Tepuklah dada tanyalah iman.”
*PS:- dapat artikal ni dari seorang sahabat ku yg ku kenali di Sahabat Hijjaz.com..
:- terima kasih ku ucapkan pada Mujahidah Mukminah a.k.a Farhana Syuhada sebab mengizinkan kunutk berkongsi bersama teman2 di sini..

Thursday, February 11, 2010

HEPI BESDAY..

assalamualaikum..


hurm..10 februari..semalam..besday kakak ku..noor asilah binti ariffin..

jahat aku..as adik, tp x wish besday dekat dia kan..huhu.. so ari ni aku ambik kesempatan nak wish besday dekat kakak ku..

ku doa, smg dirimu snts bahagia..snts berada di bawah payungan rahmat ALLAH..ameen..n ku doakan juga kakak ku kejayaan melingkari hidup mu seiringan dengan kebahagiaan..ameen..may ALLAH bless u sis..ameen..

hurm..dalam entri aku yg sblm ni aku da coret lagu besday dekat sis aku kan..ehehe..untuk entri kali ni, aku x leh buh lagu tu..bahaya..hahaha..


sis, ku doakan juga dirimu snts sihat..ameen..smg berbahagia bersama suami mu yg terchenta..

ps*/* ku rindu dekat sis ku sebenarnye..dah lame ku x jumpe dia..huhu..hope 1 day aku dapat jumpe dengan kamu sis..(^_^)

Tuesday, February 09, 2010

KU RINDU DIA..

assalamualaikum..

hurm..baca title tu mesti dah rase lain kan..haha..tp jangan salah sangka plak yerk..si dia yg di maksudkan di sini adalah kakak ku..

rindu dekat dia..

semalam,hari isnin bersamaan dengan 08 februari, hari ulang tahun kelahiran kakak ku..

semakin tua kakak ku itu..hahaa..and aku dah tak boleh nak bermanja sangat dah dengan dia..huhuhu..tu yang wat lagi sedih.. (mcm xde kaitan je cite ni).

pape hal pun aku nak wish besday dekat kakak aku...

and aku da lagu besday yg special utk kakak aku..

hehe..

slmt mendengar ye sume..


HEPI BESDAY TO U..

U LIVE IN THE ZOO..

U MONKEY N KANGGROO..

HEPI BESDAY TO U..



hahha..amacam besh x..
hehehe..anyway angah, adik mu ini gurau aje..

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN YG KE-31,SITI NORANI..

sori..xde hadiah nak bagi padamu kakak ku..

cume ada lagu special tu je..

hahhaakz...



ps--> owh sebelum terlupe, ari ni 9 februari..wish besday dekat kak izzah khanani..besday yg ke berapa eh.. lupe lak..tp pape pun hepi besday..tp lagu tu, x lah ditujukan buat kak izzah..hehe..tu cume utk my sis aje..

Tuesday, February 02, 2010

PERPISAHAN


assalamualaikum..

huhu..kali entri aku agak sedih sikit.. sedih ke korang yg baca??

tanggal 1 febuary..berpisahnya aku dengan si dia..


si dia???

jgn pk laiin plak.. si dia yg ku maksudkan tu adalah sahabat ku..dona.. seidhnye aku rasa..

dan semalam..aku hantar dia pergi lcct..sedih sangat aku.. ntah bila lagi aku dapat jumpa dengan dia..sedih gila aku..


dan semalam..aku betul terkejar2..peanturan masa yg ntah ape2..perancangan utk berjumpa dengan dona juga aku buat saat2 akhir..sumenya x terancang.. dan aku pun macam x percaya yg aku berjumpa dengan dia dan p hantar dia dekat lapangan.. rasa macam mimpi..bukan sebab ape.. aku bz.. dan aku x sangka yg aku sanggup lupakan sume keje aku demi nak jmpa dona..


yelah..ntah bila lagi aku dapat jumpa dia kan..so smntra tgh ade peluang, aku rebut je lah.. sedih..


tp masa dekat lcct tu, berlaku sedikit kekecohan..dua bagasi dona x sempat nak check in..aku x tau nak cite mcm ner.. tp ade lah cite nye..huhu.. sedih aku..dona..cha rindu na..


insyaALLAH kalau ada rezeki aku akan berjumpa dengan dia..insyaALLAH..

arghhhhh...rindu gila aku dekat dona..


DONA..CHA AKAN SENTIASA RINDUKAN NA.. SEMOGA UKHWAH DI ANTARA KITA BERKEKALAN..INSYAALLAH..

SELAMAT BERJUANG SAHABAT KU...

SEMOGA ALLAH BERKATIMU...

KENANGAN INDAH BERSAMAMU..

TAKKAN KU BIAR IA BERLALU..

Friday, January 22, 2010

PERGI YANG TAK KEMBALI

assalamualaikum..
hari ni xde artikal yg aku nak post utk di kongsikan bersama.. cumanya aku nak bercerita kan perasaan sedih aku..
hari ni, berlakunya satu kehilangan dalam hidup aku.. walaupun aku tidaklah begitu rapat dengan insan ini..tapi pemergian allahyarhamah begitu aku rasai..
insan ini adalah kakak sahabat baik ku, nurul nadia.. aku begiitu sedih melihat penderitaan yg di lalui kakak sahabat ku ini.. kakak sahabat ku ni sakit kanser saraf.. keadaannya begitu menyentuh perasaan.. begitu kurus, cengkung..
pemergian kakak sahabat ku ini, banyak mengajar aku.. cukuplah aku je yg rase.. hurm..buat nadia sekeluarga aku harap dapat banyak2 bersabar dan redha atas pemergian ini..
takziah buat nadia sekeluarga..
al-fatihah..
aku xtau nak cite macam ner, sebab skrg ni aku rasa sedih..
nanti insyaALLAH aku sambung entry ni..insyaALLAH..
lagi sekali, same2 lah kite semua sedekahkan al-fatihah buat allahyarhamah aimie..
al-fatihah..
takziah juga ku ucapkan buat keluarga madam ku..puan nafrul niza di atas pemergian ayahanda tercinta..
dan buat ustazah ku, ustazah siti rosilawati, tahniah ku ucapkan di atas kelahiran anak baru mu..

Tuesday, January 19, 2010

PERSAHABATAN

Bersama Mohd Zawawi Yusoh
2009/12/30

PERSAHABATAN adalah satu nikmat, kerana ia adalah tanda keimanan sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara."

Kita memang diajar berhati-hati memilih teman kerana silap pilih, kadangkala buruk akibatnya. Persahabatan yang baik akan membawa kita ke syurga dan kalau tersilap, padah membawa ke neraka.

Ada yang bertanya, kalau kita berkawan dengan yang baik saja manakala yang bermasalah dibiarkan saja, siapa pula yang akan mendidik dan menegurnya. Sebenarnya sudah lama kita melakukan kesilapan dalam melayani seseorang. Remaja yang bermasalah sepatutnya didekati bukannya dipulau atau diboikot. Cuma mendekati mereka ini memerlukan kekuatan prinsip yang utuh supaya kita yang mendekatinya terutama sesama remaja, agar kita tidak larut dan hanyut terlena serta tertipu kerana tidak kuat prinsip.

Pertemuan kali ini bukannya untuk memberi tip, bagaimana mendekati mereka yang bermasalah tetapi ingin bercerita keprihatinan ulama bergaul dengan niat mengubah mereka yang bermasalah.Pada suatu hari Ibnu al-Mubarak berjumpa dengan seorang yang jahat pekerti dan rendah budinya dalam satu perjalanan.Dia terus bergaul dengannya dan berjalan bersamanya walaupun terpaksa menanggung kesabaran atas pekertinya yang kurang menyenangkan itu. Detik berpisah akhirnya tiba. Ibnu al-Mubarak menjadi sebak dan menangis. Apabila ditanya kenapa dia menangis, dia menerangkan:"Aku menangis kerana masih sayang kepadanya. Aku terpaksa berpisah dengannya dalam keadaan dia belum dapat berpisah dengan kelakuannya yang buruk itu." Apa yang kita boleh pelajari dari kisah terbabit ialah:

· Berkawanlah dengan sesiapa saja asalkan bertujuan untuk memperbaiki hubungan silaturahim serta mendekatkan diri kepada Allah.

· Bersabar dalam pergaulan adalah suatu kebajikan. Berusaha memperbaiki akhlak kawan satu kebajikan yang lain.

· Mencari kawan mudah tetapi mencari kawan yang sekata amat sukar.

· Perbaiki hubungan sesama manusia (hablum-minan-nas) di samping perbaiki hubungan dengan Allah (hablum-mina-Allah)

· Dua sahabat yang menangis lantaran berpisah kerana Allah akan dinaungi Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naungannya.

· Jangan mamandang keji terhadap seseorang kerana akhlaknya tetapi bersimpatilah di samping cuba untuk mengubah kelakuannya. Berusaha dalam dakwah adalah tanggungjawab kita tetapi pemberian taufiq dan hidayah adalah di tangan Allah.Berkawan dengan orang yang jahat akhlak adalah sebagai satu cara untuk menguji diri sejauh mana kesabaran dan kesediaan kita untuk memaafkannya.