BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, November 29, 2009

CERITA BATU



semalam..
kedengaran hilaian tawa suara mereka
bagai menggantikan pekikkan si iblis itu,
dentuman..
bedilan…
seakan saling bersahut-sahutan .
cukup untuk menggegarkan aku,
yang kau samakan seperti,
batu-batu kecil dijalanan…

hari ini..
kelihatan kereta kebal mu
kotor berkarat,
megah berlari dihadapanku.

sombong berdiri,
kau tersenyum..
mengacukan senjata kebanggaanmu.
aku mencebik benci,
sedang aku bersenjatakan batu.
dia kaget sendiri..
mereka fikir aku gerun
mereka sangka aku takut.
rupanya engkau yang menggigil.

batu lawan machine-gun..
seakan cerita lucu dari tanahku.
Ya. batu kecil, seperti aku.
kedengaran deraian mereka tertawa.

²batu ? tak mungkin dapat menghancurkan aku !²
itu logis kepercayaan mu.
jangan kau lupa,
binasanya tentera Abrahah kerana batu.
menjadikan mereka…
seperti daun-daun dimakan ulat..
satu demi satu.

nasibmu baik.
kali ini,
engkau mara berkereta besi..
engkau berselindung disebalik apache..

Tapi esok, belum tentu..
batu tidak dapat menghancurkanmu.
dengan nawaitu nama Tuhanku..
setiap lontaran seakan nyawaku,
terbang…
bersama jihad dan semangatku..


Ayuh, pergi !
keluar!
kalian segera dari tanahku..
sebelum kelak,
engkau ditertawa dunia..
andai kerana batu,
kau hancur,
binasa…
puteri fitrah
sungai ramal dalam
19 februari 2009
*p/s= sajak ni hasil nukilan sahabat ku..
= terima kasih NURUL SYIFA sebab bagi akak sajak ni..
= thanks a lot syifa'..(^_^)V

Sunday, November 15, 2009

CERITA UBI KAYU???




APA BENDA NIIH??????

assalamualaikum...
xde benda pun nak cite sebenarnye..hurm..gambar ape dekat atas tu??? jeng..jeng..jeng..
hah..itulah ubi kayu yg aku dengan mak aku ambik.. besar kan..subhanallah..
gara2 nak keluarkan ubi ni, aku dengan mak aku berapa kali terjatuh..sekali bila dah keluar..ya ALLAH..besarnya.. ubi ape ni?? tapi rase ubi ni sedap..lembut..

aku terperanjat bila tgk ubi kayu ni.. biasanya ubi kayu yg aku selalu cabut, x macam ni..biasanya panjang2.. tapi yg kali ni besar macam ni.. mulanya ingat nak cabut banyak pokok juga..tapi disebabkan terlalu besar macam ni, aku dengan mak aku putuskan cukuplah sepokok je..
fiuh..!! penat giler aku nak cabut ubi ni..sampai terduduk..kahkahkah..

kirenya ni 1st time aku jumpe ubi kayu yg aku cabut sendiri dan depan mata yg besar dia macam ni... selalunya yang aku cabut, panjang2 kurus2 je.. tapi, kali ni aku cabut, subhanallah.. itulah ciptaan ALLAH.. betapa besarnya kekuasaan ALLAH..



ubi kayu besar bersama yg kecik2..

ni lah hasil ubi kayu yang aku berjaya cabut..

ni lah yang aku dapat kongsikan.. xde cerita yang terbaru dari aku.. yang ada cumalah cerita ubi kayu ni..

ok.. nanti aku cerita yang lain plak yerk..!



Sunday, November 08, 2009

EREN KANGEN BAND- TAKKAN PISAH..

Lirik Eren - Takkan Pisah


Sayang aku ingin berbicara kepadamu
Tentang apa yang tengah aku rasakan
Ada apa, ada apa katakanlah semuanya
Ku kan dengarkan duhai cintaku


Bila nanti orang tuamu meridhoi dengan
Apa yang ku rasakan padamu
Semua orang tua ingin yang terbaik untuk anaknya
Begitu pun orang tuaku


Kau takkan tinggalkanku
Takkan pernah, sayangku
Janjimu janjiku untukmu


reff:
Takkan ada yang pisahkan kita
Sekali pun kau telah tiada
Akan ku pastikan
Ku kan memeluk menciummu di surga

Jangan kau pergi tinggalkan aku
Bawa aku ke mana kau mau
Janji ku padamu
Jiwa dan ragaku mati pun ku mau

repeat reff:


*p/s= best lah lagu ni..
= cuba lah dengar ye semua kawan2 ku..
= (^_^)V

Wednesday, November 04, 2009

KITA DAN AURAT..

KITA dan AURAT...

Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau tak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payah pun 'make up'
Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani nak ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian modern(?) memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakai pun nampak pusat.

Berseluar ketat baju pun singkat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai terus dilaknat,
Oleh Allah, Rasul dan juga Malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata terpandang kaki tersandung.

Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak bergaya tetapi fakir,
Apa tidaknya iman tersingkir.

Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan(bukan lelaki) sudahlah tentu.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Kalau nak "Make Up" biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi cuba elakkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung menggoda hati,
Ustaz melihat pun separuh mati.

Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.

Selokaku ini bukanlah jahat,
Cuma saja mahu menasihat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan sejawat.

Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita ni pun tak terkecuali,
Terutama sekali bila dah ada anak dan isteri.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat perintah Tuhan,
Ke sana sini di dalam keredhaan,
Keluarga menjadi contoh teladan.

Setakat ini seloka minni,
Harap tidak ada yang berkecil hati,
Yang baik bolehlah sahabat ikuti,
Kalau boleh sekarang kita mulai.
*p/s = sajak ni aku dapat dekat laman web ni..
= mulanya aku nak cari benda lain..

UNTUK MENJADI MANUSIA LUAR BIASA (USTAZAH SITI NOORBAHYAH)

SAJAK -
Untuk Menjadi Manusia Luar Biasa
(USTZH SITI NOORBAHYAH)

Kalau menjadi batu ...
Jangan menjadi batu di tepi jalan...
Tiada nilainya, tiada harganya...
Dipijak orang, disepak orang...
Tetapi jadilah batu permata...
yang berkilau, yang bersinar..
dihargai orang..

Kalau menjadi kayu..
Jangan menjadi kayu biasa..
yang reput, yang rapuh, yang patah..
dibuang orang merata-rata..
Tetapi jadilah kayu jati..
kayu yang mantap..
mahal nilainya..
dihargai orang..


Kalau menjadi manusia..
jangan menjadi manusia biasa-biasa..
longgar jiwanya ..
rapuh imannya..
sempit mindanya..
gelap masa depannya..
Tetapi jadilah manusia luar biasa..
Gah jiwanya..
Kental imannya..
Tertib solatnya..
Quran juadahnya..
Luas pandangannya..
Gemilang masa depannya..

Perahu sudah di air ..
Pendayung sudah di tangan..
Fikirlah, renunglah..
Katakan pada dirimu..
Bahawa aku tidak memilih untuk menjadi..
manusia biasa..
Tapi aku memilih....
*p/s - sajak ni dapat dari petikan ceramah Ustazah Siti Noorbahyah
- kawan2 semua, hayatilah..
- (^_^)V

INSYAALLAH-BY MAHER ZAIN

Insya Allah
By : Maher Zain
Everytime you feel like you cannot go on...
You feel so lost and that you're so alone...
All you see is night..
And darkness all around..
You feel so nervous you can't see which way to go...
Don't despair and never loose hope...
Coz Allah is always by your side...
InshaAllah...
InshaAllah...
InshaAllah...
You'll find your way... (2x)
Every time you can make one more mistake...
You feel you can't repent...
And that it's way too late...
You're so confuse...
Wrong decisions you have made...
Haunt your mind and you heart is full of shame...
Don't despair and never loose hope...
Coz Allah is always by yourside...
InshaAllah...
InshaAllah...
InshaAllah...
You'll find your way... (2x)
Turn to Allah...
He's never far away...
Put your trust to Him...
Raise your hands in pray...
Huu Ya Allah...
Guide my steps don't let me go astray...
You're the only one to show me the way...
Show me the way...
Show me the way...
Show me the way...



*p/s= lagu ni, ada sorang sister suruh aku dengar..
= 1st2 dengar je aku terus jatuh hati..
= lagu ni memang best..
= kawan2, dengar lah lagu ni..
= for kak salbie @ OT, thanks...(^_^)V