BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, June 27, 2009

MUHASABAH

MUHASABAH, EMPATI DIRI ELAK PERLAKUAN SAKITI INSAN LAIN..


MENJADI kebiasaan manusia untuk menilai diri sendiri dengan pandangan lebih belas kasihan. Henry Wadsworth Longfellow bekata: "Kita menilai diri kita dengan apa yang kita rasa kita mampu lakukan, manakala orang lain menilai kita dengan apa yang sudah kita lakukan."

Pandangan penuh belas kasihan terhadap diri mempunyai kebaikan yang boleh dipacu dalam menyelesaikan banyak konflik sama ada membabitkan perbezaan ideologi, pandangan, kefahaman politik atau agama.

Pembetulan sikap yang diperlukan adalah menjadikan cara memandang diri sendiri sebagai jambatan empati untuk cuba bertindak adil terhadap orang lain. Kita pasti tidak mahu orang memperlakukan sesuatu yang tidak diingini terhadap kita dan begitu juga sebaliknya.

Rasulullah SAW adalah contoh terbaik dalam mengaplikasikan perkara itu. Pernah suatu hari seorang pemuda berjumpa Rasulullah SAW dan meminta keizinan Baginda untuk berzina. Di kalangan sahabat ada yang memarahi pemuda itu, tetapi Rasulullah SAW mendekatinya. "Apakah kamu suka jika zina itu dilakukan orang lain terhadap ibumu?" soal Baginda kepada pemuda itu.

"Sekali-kali tidak, demi Allah yang yang menjadikanku sebagai tebusan anda," jawabnya. "Begitu juga kebanyakan manusia. Mereka tidak ingin zina itu dilakukan terhadap ibu mereka," ujar Rasulullah SAW. "Apakah kamu suka jika zina itu dilakukan terhadap anak perempuanmu?" tanya Rasulullah SAW lagi.

"Sekali-kali tidak, demi Allah yang yang menjadikanku sebagai tebusan anda," jawabnya. "Begitu juga kebanyakan manusia. Mereka tidak ingin zina itu dilakukan ke atas anak perempuan mereka.

"Apakah kamu suka jika zina itu dilakukan terhadap kakak atau adik perempuan kamu?" soal Rasulullah SAW kepada pemuda itu lebih lanjut. "Tidak wahai Rasulullah, demi Allah yang menjadikanku sebagai tebusan anda," jawabnya. "Begitu juga kebanyakan manusia. Mereka tidak ingin zina itu terjadi ke atas kakak atau adik perempuan mereka," ujar Rasulullah SAW. Baginda bertanya lagi. "Apakah kamu suka jika zina itu dilakukan terhadap ibu saudaramu?" sambung Rasulullah SAW. "Tidak, demi Allah yang yang menjadikanku sebagai tebusan anda," jawabnya lagi. "Begitulah juga orang lain. Mereka tidak ingin zina itu dilakukan terhadap ibu saudara mereka," balas Rasulullah SAW.

Lalu Nabi SAW meletakkan tangan Baginda ke atas dada pemuda itu dan mendoakannya: "Ya Allah, bersihkanlah hatinya dan peliharalah kemaluannya serta ampun dosa pemuda ini." (Kisah riwayat Imam Ahmad dalam musnadnya)

Jelas melalui hadis itu, Rasulullah SAW menerbitkan empati pemuda berkenaan untuk menghalangnya daripada merosakkan insan lain. Ada juga hadis lain yang jika difikirkan dengan mendalam, turut mendidik kita untuk belajar berempati terhadap insan lain.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Siapa saja yang menutupi aib seorang Muslim, maka Allah akan menutupi aibnya di dunia dan akhirat." (Diriwayatkan Imam Muslim)
Rasulullah SAW memberi peringatan bahawa Allah akan menutupi aib sesiapa yang menutupi aib saudara Muslimnya. Jika direnung lebih mendalam, ia juga boleh difahami Allah tidak akan menutupi aib sesiapa yang suka mendedahkan aib saudaranya.

Peringatan itu sepatutnya menyentak kesedaran. Jika seorang insan tidak mahu aibnya terdedah baik di dunia atau akhirat, ia harus menutupi aib saudaranya . Sekali lagi konsep hukum emas yang dibincangkan diguna pakai.

Dalam berhadapan dengan perbezaan ideologi, kefahaman atau pandangan. Hukum emas empati perlu diamalkan dengan cuba untuk tidak memperlakukan orang lain seperti diri sendiri tidak mahu diperlakukan.

Empati serba sedikit dapat mengendurkan ketegangan dan menumpulkan konflik yang kian tajam. Secara tidak langsung dapat memelihara perhubungan daripada musnah dimamah konflik.

Copy from akhbar berita harian (27 Jun 2009)
Oleh Edry Faizal Eddy Yusof

RENUNGAN BERSAMA..

Untuk Renungan Bersama......
Bismillahirrahmanirrahim.....
Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi -TV 3 (6.30 pagi) oleh Ustazah Noorbayah Mahmood.
Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat.
Lalu Rasulullah menegurnya. "Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?" Lalu gadis malanginipun menceritakan hal yang berlaku padanya :- "Ya, Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini.." Balas gadis tadi.
"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku." Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut. "Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata".
Gadis itu berhenti seketika menahan sebak. "Kemudian ku lihat di tangan kirinya ada seketul keju dan di tangan kanannya ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya.
Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya? Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.
Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi. Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka. Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia ku lihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama".
Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika di dunia.
Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur. Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah."
Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir di pipi. Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat Islam.
Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh. Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah....Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu. Mudah- mudahan segala dosanya terampun. INSYAALLAH.."
"WAR-WARKANLAH KEPADA SELURUH UMAT MUHAMMAD UNTUK SECEBIS PEDOMAN AGAR TIDAK MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN TERHADAP SESAMA MANUSIA.... SEBARKANLAH..

Tuesday, June 16, 2009

ADAB MEMBACA AL_QURAN DARI KITAB



Adab membaca al-Quran dari kitab At-Tibyan fi Adab Hamalat al-Quran oleh al-Imam an-Nawawi


1. Berniat ikhlas kerana Allah SWT.

2.Menggosok gigi atau bersiwak sebelum membaca al-Quran.
3.Membaca dalam keadaan berwudhuk.

4.Mengadap ke arah kiblat.

5.Memulakan dengan at-Ta¿awwuz.
6.Membaca al-Quran dari Mushaf lebih utama dari membaca tanpa melihat.Walaupun begitu bagi yang ingin mengahfaznya diharuskan membaca dari hafazan tanpa melihat.

7.Membaca dengan suara yang merdu dan kuat agar dapat dihayati oleh diri sendiri dan orang lain.Al-Imam al-Ghazali mengatakan jika kita bimbang akan timbuyl riyak iaitu ingin menunjuk-nunjuk,maka membaca secara perlahan itu lebih utama.Sebaliknya jika dapat menjaga dari timbulnya penyakit tersebut, maka digalakkaan membaca dengan suara yang nyaring.- Ihya` Ulumiddin.

8.Membaca dengan perhatian dan memahami ayat-ayat yang dibacakan.

9.Membaca dengan mentadabbur dan menangis.Tahukah Anda!!!Antara adab-adab tadabbur itu ialah memperlahankan suara apabila sampai pada ayat yang menyentuh tentang sifat Allah menurut tafsiran orang-orang kafir.Sebagai contoh orang-orang Yahudi mengatakan Nabi Uzair anak Allah seperti yang disebutkan Allah dalam surah at-Taubah ayat 30.Contoh yang lain ialah persepsi mereka bahawa Allah tidak berkuasa mengurniakan rezki kepada hamba-hambaNya seperti yang difirmankan dalam ayat 64 surah al-Maidah.

10.Memuliakan al-Quran.Kita dilarang membaca al-Quran sambil ketawa ataupun sambil berbual melainkan tentang sesuatu yang amat penting.

11.Membaca ayat-ayat dan surah mengikut susunannya dalam tertib al-Quran, yang dahulu didahulukan dan kemudian dikemudiankan.

12.Beramal dengan ajaran al-Quran itu.

13.Sentiasa membaca al-Quran terutamanya pada waktu pagi kerana Nabi SAW mendoakan keberkatan waktu itu.Diriwayatkan dalam al-Mustadrak oleh al-Hakim dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud : ¿Sesiapa yang membaca 10 ayat, maka dia tidak akan tergolong dari kalangan orang-orang yang lalai¿.no 2085, hadith sahih mengikut syarat Muslim.

14.Berusaha menghafaz ayat-ayat al-Quran dan mengulang-ulang ayat-ayat itu supaya sentiasa mengingatinya.

15.Meletakkan target untuk mengkhatamkan al-Quran itu.

16.Memanjatkan doa sebaik tamat dari membaca al-Quran kerana waktu itu merupakan antara waktu mustajab doa.

17.Dilarang membaca al-Quran di tempat-tempat yang tidak sewajarnya seperti di dalam tandas dan sebagainya.


Menurut Qadhi Beirut al-Syeikh Ab Latif dalam kitab al-Tabyiin Fi Ahkam Tilawat al-Kitab al-Mubin terdapat adab-adab selain dari yang disebutkan oleh al-Imam al-Nawawi iaitu :

1. Mengucup al-Quran kerana dikiaskan dengan mengucup al-Hajar al-Aswad kerana ia juga merupakan hadiyah Allah kepada.

2. Mewangikan al-Quran sebagaimana meletakkan wangian pada al-Hajar al-Aswad.

3.Meletakkan al-Quran pada tempat yang tinggi.

4.Berusaha untuk menghayati isi al-Quran hingga membawa ke peringkat menangis.

5.Tidak memberi salam pada seseorang yang sedang membaca al-Quran.

TAHUKAH ANDA!

Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. IsyaAllah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanan).
Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-
1. Mandi Pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak yang terkumpul dalam badan kita. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tidak gemuk.
2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.
4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu, di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai di mana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). Jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi tindak balas biokimia yang boleh menyebabkan kerosakan usus kita.
5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan apabila selesai hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan,tanpanya makanan tidak hadam)
Sabda Nabi Ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali..

SAYANG SANGAT!

Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....Mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....Emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon Mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau Mak sudah tiada..........

MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
Berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
Berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......
Berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......


SAYANGILAH IBU KITA SEPERTI MANA DIA MENYAYANGI KITA!!
LOVE MY MUM!!

Peringatan kepada nisa'

Azab Bagi Wanita..


Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis manakala ia datang bersama Fatimah . Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis.

Beliau menjawab, "Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Kerana, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Puteri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair di tuangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kala jengking. .

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk kerana penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malaikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?

Rasulullah menjawab, "Wahai puteriku, ada pun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh lelaki yang bukan muhrimnya.

Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang 'mengotori' tempat tidurnya.

Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mahu mandi suci dari haid dan nifas.

Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah kerana berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kala jengking padanya kerana ia mampu untuk menunaikan solat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mahu mandi junub.

Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."

Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.

Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.