BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, November 29, 2009

CERITA BATU



semalam..
kedengaran hilaian tawa suara mereka
bagai menggantikan pekikkan si iblis itu,
dentuman..
bedilan…
seakan saling bersahut-sahutan .
cukup untuk menggegarkan aku,
yang kau samakan seperti,
batu-batu kecil dijalanan…

hari ini..
kelihatan kereta kebal mu
kotor berkarat,
megah berlari dihadapanku.

sombong berdiri,
kau tersenyum..
mengacukan senjata kebanggaanmu.
aku mencebik benci,
sedang aku bersenjatakan batu.
dia kaget sendiri..
mereka fikir aku gerun
mereka sangka aku takut.
rupanya engkau yang menggigil.

batu lawan machine-gun..
seakan cerita lucu dari tanahku.
Ya. batu kecil, seperti aku.
kedengaran deraian mereka tertawa.

²batu ? tak mungkin dapat menghancurkan aku !²
itu logis kepercayaan mu.
jangan kau lupa,
binasanya tentera Abrahah kerana batu.
menjadikan mereka…
seperti daun-daun dimakan ulat..
satu demi satu.

nasibmu baik.
kali ini,
engkau mara berkereta besi..
engkau berselindung disebalik apache..

Tapi esok, belum tentu..
batu tidak dapat menghancurkanmu.
dengan nawaitu nama Tuhanku..
setiap lontaran seakan nyawaku,
terbang…
bersama jihad dan semangatku..


Ayuh, pergi !
keluar!
kalian segera dari tanahku..
sebelum kelak,
engkau ditertawa dunia..
andai kerana batu,
kau hancur,
binasa…
puteri fitrah
sungai ramal dalam
19 februari 2009
*p/s= sajak ni hasil nukilan sahabat ku..
= terima kasih NURUL SYIFA sebab bagi akak sajak ni..
= thanks a lot syifa'..(^_^)V

0 comments: