BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, November 04, 2009

UNTUK MENJADI MANUSIA LUAR BIASA (USTAZAH SITI NOORBAHYAH)

SAJAK -
Untuk Menjadi Manusia Luar Biasa
(USTZH SITI NOORBAHYAH)

Kalau menjadi batu ...
Jangan menjadi batu di tepi jalan...
Tiada nilainya, tiada harganya...
Dipijak orang, disepak orang...
Tetapi jadilah batu permata...
yang berkilau, yang bersinar..
dihargai orang..

Kalau menjadi kayu..
Jangan menjadi kayu biasa..
yang reput, yang rapuh, yang patah..
dibuang orang merata-rata..
Tetapi jadilah kayu jati..
kayu yang mantap..
mahal nilainya..
dihargai orang..


Kalau menjadi manusia..
jangan menjadi manusia biasa-biasa..
longgar jiwanya ..
rapuh imannya..
sempit mindanya..
gelap masa depannya..
Tetapi jadilah manusia luar biasa..
Gah jiwanya..
Kental imannya..
Tertib solatnya..
Quran juadahnya..
Luas pandangannya..
Gemilang masa depannya..

Perahu sudah di air ..
Pendayung sudah di tangan..
Fikirlah, renunglah..
Katakan pada dirimu..
Bahawa aku tidak memilih untuk menjadi..
manusia biasa..
Tapi aku memilih....
*p/s - sajak ni dapat dari petikan ceramah Ustazah Siti Noorbahyah
- kawan2 semua, hayatilah..
- (^_^)V

0 comments: