BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, July 12, 2009

sayang!

Assalamualaikum..

sajak ni..saya dapat dari kakak saya..

terima kasih kak atas sajak yg akak bagi ni..

hurm..terima kasih jugak sebab dah banyak sangat akak tolong adik..bagi adik semangat bila adik jatuh..akak bagi kata-kata penguat semangat adik..terima kasih atas sokongan dan dorongan akak pada adik.. dan yang paling penting terima kasih sebab jadi kakak adik..

love u!







sahabat semua..hayatilah..





ADIKKU SAYANG...

Khas buat adik tersayang..



ADIKKU SAYANG..

Adikku,

Genggamlah segunung semangat di tanganmu..

Peluklah selaut ketabahan sepenuh hatimu..

Jangan kau gusar apa juga arus yang melanda..

Teruskan melangkah berani menongkah rintangan..

Yang tidak akan sunyi mengganggu hidupmu..

Kerana badai inilah yang mematangkan dirimu..

Rintangan inilah yang menguatkanmu..

Arus ini lah yang mendidikmu...

Demi menjadi insan dewasa..



Adikku..

Nyalakanlah api kecekalanmu sentiap masa..

Marakkanlah ia dengan usaha seluruh nyawa..

Hangatkanlah ia dengan doa dan tawakkal kepada Pencipta..

Usah kau gusar..

Usar kau bimbang..

Usah kau lemah..

Kerana daripada dan kepadaNYA segala-gala..

Pasti denganNYA kau bertemu salju ketenangan..



Adikku sayang..

Gagahkan langkahmu..

Eratkan genggaman semangatmu..

Teguhkan benteng doamu..

Bersenjatakan pasrah akan ketentuaNYA..

Kau pasti berjaya..

Meniti hari muka..

Sebagai insan dewasa..

Harus kau percaya dengan pasti..

Dunia tidak kekal abadi..

Hanya menguji cekalnya hati..

Sebagai khalif..





FROM= KAK ASILAH..my dear sister..!

0 comments: