BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, July 26, 2009

RAHSIA DI SEBALIK DEMAM

RAHSIA DI SEBALIK DEMAM


Dalam sebuah hadith yg diriwayatkan drp Ibnu Omar r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud: "Demam berasal drpd kepanasan api neraka yg mendidih, maka padamkanlah ia dgn air." (Hadith riawayat Bukhari dan Muslim).

Dalam hadith riwayat drp Aishah r.a, drpa Nabi s.a.w, Baginda bersabda yg bermaksud: "Demam adlh drp panas api neraka yg mendidih dr itu dinginkanlah ia dgn air." (Hadith riwayat Muslim).

Dalam kitab Umdah al-Qari, ada menyebut bahawa panasyg lahir drp tubuh seseorang yg demam itu adlh secebis drp kepanasan api neraka. Allah s.w.t telah menzahirkannya pd diri orang yg demam itu dgn sebab-sebab yg tertentu agar ida mengambil iktibar drpdnya.

Begitu jg Allah s.w.t tlh menzahirkan berbagai jenis kegembiraan dan kenikmatan yg berasal drp nikmat-nikmat syurga utk menjadi pengajaran dan petunjuk bg seseorang.

Sebahagian ulama berpendapat bahawa apa yg dimaksudkan dgn kepanasan api neraka di sini adlh satu perumpamaan antara panas orang yg demam dgn panas api neraka sebagai peringatan kpd diri manusia betapa panasnya api neraka.

Namun pendapat ini disanggah oleh Ath-Thayyibi dgn mengatakan bahawa ia tdk sesuai utk dijadikan sbg perumpamaan, bahkan demam itu memang lahir atau berasal drp kepanasan api neraka sejak mula atau sebahagian drp hembusan api neraka.

Maksud 'mendinginkannya dgn air' itu menurut Ibnu al-Ambari ialah bersedekah dgn air krn ada riwayat mengatakan bahawa sedekah yg paling afda adlh memberi minum air.


MENGELUH DAN MENGADU KERANA DEMAM

Memang tdk dinafikan bahawa ada sesetengah orang mengeluh krna demam atau mengerang kerana kesakitan. Apakah perbuatan ini diharuskan dalam agama?

Sebenarnya kita tdk dilarang utk mengadu atau mengeluh kesakitan kpd Allah s.w.t. Apa yg dilarang ialah mengeluh dan mengadukan kpd org lain sesama manusia. Nabi s.a.w sendiri, para sahabat dan pengikut-pengikut mereka, pernah mengadukan kesakitan mereka kpd Allah s.w.t.

Diriwayatkan bahawa Hasan al-Basri seorang ahli sufi, sewaktu sahabat-sahabatnay datang ke rumahnya, mereka mendengar dia sedang mengadukan sakit giginya kpd Allah s.w.t dgn berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkau shja yg lbh mengasihi drp (yg lain) yg mengasihi."

Apa yg dimaksudkan larangan mengadukan kesakitan kpd sesama manusia itu ialah mengadukannya dgn cara berasa jemu dan benci pd penyakit itu. Jika seseorang itu memberitahu atau menceritakan penyakitnya kpd kawan-kawan suapaya mereka dpt mendoakannyaa sembuh, maka dlm hal ini tdklah menjadi satu kesalahan. Begitu juga jika seseorang itu mengeluh krna sakit ttp keluhannya itu boleh mendatangkan kerehatan kpdnya atau boleh meredekan kesakitannya, maka ianya juga tdk menjadi satu kesalahan.

Dalam al-Quran ada menceritakan ttg kesabaran Nabi Ayub a.s ktk menempuh penderitaan. Antara penderitaan yg dialaminya ialah penyakit gatal. Penyakit gatal itu sanagt dahsyat. Apbl digaru dgn kuku, maka kuku baginda akan tanggal ttp masih jg bertambah gatal. Kemudian baginda terpaksa menggarukannya dgn barang kesat. Tdk cukup dgn itu, baginda menggaru badannya dgn pecahan periuk dan akhirnya dgn batu. Namun masih juga berasa gatal. Sehingga dgn tdk disedarinya dagingnya tlh luka dan koyak.

Maka keluarlah drp tubuh baginda yg luka itu, nanah yg baunya sangat busuk. Orang ramai yg tinggal di sekitarnya tdk tahan dgn bau busuk itu, lalu mereka mengeluarkan Nabi Ayub a.s sr negeri tmpt tinggalnya ke tmpt yg terpencl. Semua org memencilkannya kecuali isterinya yg merawatnya.

Nabi Ayub a.s tdk pernah mengeluh dgn apa yg menimpanya, malah dia bersifat sabar dan tahan menderita. Apa yg dilakukannya hanyalah bermohon kpd Allah s.w.t agar mengasihaninya. Cubalah perhatkan permohonan Nabi Ayub a.s yg disebutkan di dlm al-Quran yg bermaksud: "Dan Nabi Ayub, ketika dia berdoa merayu Tuhannya dgn berkata; "Sesungguhnya aku disentuh (ditimpa) penyakit, sedang Engkaulah saja yg lebih mengasihani drp segala (yg lain) yg mengasihani." (surah al-Anbiya, ayat 83).

Jika diperhatikan kalimat-kalimat yg disebutkan Nabi Ayub a.s dlm ayat ini, alangkah halusnya budi bahasa baginda dalam rayuannya kpd Allah s.w.t. Baginda menyebut 'aku disentuh' dan tdk menyebut perkataan 'aku ditimpa'. Di sini menggambarkan bahawa kecelakaan itu sendiri yg datang menyentuh dirinya.

Baginda juga tdk menyebut 'atas kehendak-Mu' krna kesopanannya yg sangat tinggi terhadap Allah s.w.t. Slps itu, rayuan baginda disudahi dgn kata-kata yg halus juga iaitu: "Sedang Engkaulah shj yg lebih mengasihani drpd segala yg mengasihani."

Pada suku kata pertama, Nabi Ayub a.s mengadukan perasaannya yg dpt menimbulkan rasa kasihan dan pd suku kata yg kedua disebutkannya sifat Allah s.w.t yg lbh pengasih drp sesiapa jua pun yg pengasih. Hanya inilah permohonannya kpd Allah s.w.t. Baginda tdk merungut dan meneluh, apatah lagi menyesali apa yg tlh berlaku, cuma memohon belas kashan drp Allah s.w.t.

Kisah ini patut dijadikan iktibar dan pengajaran kpd semua. Walaupun Nabi Ayub a.s ditimpa penyakit, harta bendanya punah ranah, anak-anam ditimpa malang dan mati semuanya. Namun berkat kesabaran dan imannya, Allah telah mengabulkan doa dan rayuannya. Akhirnya baginda sembuh seperti sedia kala dan keturunannya berkembang biak serta dikurniakan harta benda yg melimpah ruah.



MENCACI DEMAM

Sebagai seorang Muslim yg eriman, sepatutnya memiliki sifat sabar dan tdk mengeluh apbl ditimpa demam. Orang yg tdk dpt menahan sabar semasa ditimpa demam mgkn tdk dpt mengawal dirinya drpd mencaci maki penyakit ni sedangkan kita dilarang berbuat demikian oleh Nabi s.a.w. Ini bersandarkan kpd sebuah hadith yg diriwayatkan kpd Jabir r.a yg maksudnya: 'Bahawasanya Rasulullah s.a.w tlh berkunjung ke rumah Ummu Saib atau Ummu Musayyib, lalu Baginda bertanya; “Apahalnya engkau wahai Ummu Saib atau Ummu Musayyib menggigil?" Dia menjawab; "Demam. Semoga Allah tdk memberikan berkat kepadanya." Nabi s.a.w bersabda: "Jangan engkau memaki penyakit demam kerana a menghilangkan kesalahan Bani Adam (manusia) sebagaimana landasan (tukang besi) menghilangkan kotoran (karat) besi." (Hadith Riwayat Muslim).

Begitulah, segala apa jua yg datang drp Allah s.w.t, sama ada berupa rahmat, hendaklah disyukuri. Perkara yg berupa musibah, maka hendaklah bersabar menempuhnya.


DEMAM PENEBUS DOSA

Sebenarnya larangan mencaci maki demam itu mempunyai rahsia atau nikmat tertentu yg wajar diketahui dan ingati.

Hadith yg diriwayatkan oleh Muslim drp Jabir r.a yg disebutkan sblm ini juga mempunyai maksud yg sama. Jelasnya kedua-dua hadith ini menerangkan bahawa demam yg menimpa seseorang itu boleh menghapuskan dosa-dosanya yg telah lalu. Justeru, jika ditimpa demam a adlh sesuatu yg menguntungkan kerana ia menghapuskan dosa sekaligus akan memantapkan iman seseorang.

0 comments: