Tuesday, July 28, 2009
SI COMEY!!!
Posted by assniera88 at 12:48:00 PM 0 comments
Sunday, July 26, 2009
RAHSIA DI SEBALIK DEMAM
Dalam sebuah hadith yg diriwayatkan drp Ibnu Omar r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud: "Demam berasal drpd kepanasan api neraka yg mendidih, maka padamkanlah ia dgn air." (Hadith riawayat Bukhari dan Muslim).
Dalam hadith riwayat drp Aishah r.a, drpa Nabi s.a.w, Baginda bersabda yg bermaksud: "Demam adlh drp panas api neraka yg mendidih dr itu dinginkanlah ia dgn air." (Hadith riwayat Muslim).
Dalam kitab Umdah al-Qari, ada menyebut bahawa panasyg lahir drp tubuh seseorang yg demam itu adlh secebis drp kepanasan api neraka. Allah s.w.t telah menzahirkannya pd diri orang yg demam itu dgn sebab-sebab yg tertentu agar ida mengambil iktibar drpdnya.
Begitu jg Allah s.w.t tlh menzahirkan berbagai jenis kegembiraan dan kenikmatan yg berasal drp nikmat-nikmat syurga utk menjadi pengajaran dan petunjuk bg seseorang.
Sebahagian ulama berpendapat bahawa apa yg dimaksudkan dgn kepanasan api neraka di sini adlh satu perumpamaan antara panas orang yg demam dgn panas api neraka sebagai peringatan kpd diri manusia betapa panasnya api neraka.
Namun pendapat ini disanggah oleh Ath-Thayyibi dgn mengatakan bahawa ia tdk sesuai utk dijadikan sbg perumpamaan, bahkan demam itu memang lahir atau berasal drp kepanasan api neraka sejak mula atau sebahagian drp hembusan api neraka.
Maksud 'mendinginkannya dgn air' itu menurut Ibnu al-Ambari ialah bersedekah dgn air krn ada riwayat mengatakan bahawa sedekah yg paling afda adlh memberi minum air.
MENGELUH DAN MENGADU KERANA DEMAM
Memang tdk dinafikan bahawa ada sesetengah orang mengeluh krna demam atau mengerang kerana kesakitan. Apakah perbuatan ini diharuskan dalam agama?
Sebenarnya kita tdk dilarang utk mengadu atau mengeluh kesakitan kpd Allah s.w.t. Apa yg dilarang ialah mengeluh dan mengadukan kpd org lain sesama manusia. Nabi s.a.w sendiri, para sahabat dan pengikut-pengikut mereka, pernah mengadukan kesakitan mereka kpd Allah s.w.t.
Diriwayatkan bahawa Hasan al-Basri seorang ahli sufi, sewaktu sahabat-sahabatnay datang ke rumahnya, mereka mendengar dia sedang mengadukan sakit giginya kpd Allah s.w.t dgn berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkau shja yg lbh mengasihi drp (yg lain) yg mengasihi."
Apa yg dimaksudkan larangan mengadukan kesakitan kpd sesama manusia itu ialah mengadukannya dgn cara berasa jemu dan benci pd penyakit itu. Jika seseorang itu memberitahu atau menceritakan penyakitnya kpd kawan-kawan suapaya mereka dpt mendoakannyaa sembuh, maka dlm hal ini tdklah menjadi satu kesalahan. Begitu juga jika seseorang itu mengeluh krna sakit ttp keluhannya itu boleh mendatangkan kerehatan kpdnya atau boleh meredekan kesakitannya, maka ianya juga tdk menjadi satu kesalahan.
Dalam al-Quran ada menceritakan ttg kesabaran Nabi Ayub a.s ktk menempuh penderitaan. Antara penderitaan yg dialaminya ialah penyakit gatal. Penyakit gatal itu sanagt dahsyat. Apbl digaru dgn kuku, maka kuku baginda akan tanggal ttp masih jg bertambah gatal. Kemudian baginda terpaksa menggarukannya dgn barang kesat. Tdk cukup dgn itu, baginda menggaru badannya dgn pecahan periuk dan akhirnya dgn batu. Namun masih juga berasa gatal. Sehingga dgn tdk disedarinya dagingnya tlh luka dan koyak.
Maka keluarlah drp tubuh baginda yg luka itu, nanah yg baunya sangat busuk. Orang ramai yg tinggal di sekitarnya tdk tahan dgn bau busuk itu, lalu mereka mengeluarkan Nabi Ayub a.s sr negeri tmpt tinggalnya ke tmpt yg terpencl. Semua org memencilkannya kecuali isterinya yg merawatnya.
Nabi Ayub a.s tdk pernah mengeluh dgn apa yg menimpanya, malah dia bersifat sabar dan tahan menderita. Apa yg dilakukannya hanyalah bermohon kpd Allah s.w.t agar mengasihaninya. Cubalah perhatkan permohonan Nabi Ayub a.s yg disebutkan di dlm al-Quran yg bermaksud: "Dan Nabi Ayub, ketika dia berdoa merayu Tuhannya dgn berkata; "Sesungguhnya aku disentuh (ditimpa) penyakit, sedang Engkaulah saja yg lebih mengasihani drp segala (yg lain) yg mengasihani." (surah al-Anbiya, ayat 83).
Jika diperhatikan kalimat-kalimat yg disebutkan Nabi Ayub a.s dlm ayat ini, alangkah halusnya budi bahasa baginda dalam rayuannya kpd Allah s.w.t. Baginda menyebut 'aku disentuh' dan tdk menyebut perkataan 'aku ditimpa'. Di sini menggambarkan bahawa kecelakaan itu sendiri yg datang menyentuh dirinya.
Baginda juga tdk menyebut 'atas kehendak-Mu' krna kesopanannya yg sangat tinggi terhadap Allah s.w.t. Slps itu, rayuan baginda disudahi dgn kata-kata yg halus juga iaitu: "Sedang Engkaulah shj yg lebih mengasihani drpd segala yg mengasihani."
Pada suku kata pertama, Nabi Ayub a.s mengadukan perasaannya yg dpt menimbulkan rasa kasihan dan pd suku kata yg kedua disebutkannya sifat Allah s.w.t yg lbh pengasih drp sesiapa jua pun yg pengasih. Hanya inilah permohonannya kpd Allah s.w.t. Baginda tdk merungut dan meneluh, apatah lagi menyesali apa yg tlh berlaku, cuma memohon belas kashan drp Allah s.w.t.
Kisah ini patut dijadikan iktibar dan pengajaran kpd semua. Walaupun Nabi Ayub a.s ditimpa penyakit, harta bendanya punah ranah, anak-anam ditimpa malang dan mati semuanya. Namun berkat kesabaran dan imannya, Allah telah mengabulkan doa dan rayuannya. Akhirnya baginda sembuh seperti sedia kala dan keturunannya berkembang biak serta dikurniakan harta benda yg melimpah ruah.
MENCACI DEMAM
Sebagai seorang Muslim yg eriman, sepatutnya memiliki sifat sabar dan tdk mengeluh apbl ditimpa demam. Orang yg tdk dpt menahan sabar semasa ditimpa demam mgkn tdk dpt mengawal dirinya drpd mencaci maki penyakit ni sedangkan kita dilarang berbuat demikian oleh Nabi s.a.w. Ini bersandarkan kpd sebuah hadith yg diriwayatkan kpd Jabir r.a yg maksudnya: 'Bahawasanya Rasulullah s.a.w tlh berkunjung ke rumah Ummu Saib atau Ummu Musayyib, lalu Baginda bertanya; “Apahalnya engkau wahai Ummu Saib atau Ummu Musayyib menggigil?" Dia menjawab; "Demam. Semoga Allah tdk memberikan berkat kepadanya." Nabi s.a.w bersabda: "Jangan engkau memaki penyakit demam kerana a menghilangkan kesalahan Bani Adam (manusia) sebagaimana landasan (tukang besi) menghilangkan kotoran (karat) besi." (Hadith Riwayat Muslim).
Begitulah, segala apa jua yg datang drp Allah s.w.t, sama ada berupa rahmat, hendaklah disyukuri. Perkara yg berupa musibah, maka hendaklah bersabar menempuhnya.
DEMAM PENEBUS DOSA
Sebenarnya larangan mencaci maki demam itu mempunyai rahsia atau nikmat tertentu yg wajar diketahui dan ingati.
Hadith yg diriwayatkan oleh Muslim drp Jabir r.a yg disebutkan sblm ini juga mempunyai maksud yg sama. Jelasnya kedua-dua hadith ini menerangkan bahawa demam yg menimpa seseorang itu boleh menghapuskan dosa-dosanya yg telah lalu. Justeru, jika ditimpa demam a adlh sesuatu yg menguntungkan kerana ia menghapuskan dosa sekaligus akan memantapkan iman seseorang.
Posted by assniera88 at 4:58:00 PM 0 comments
Saturday, July 25, 2009
DEMAM+SELSEMA+BATUK...
Posted by assniera88 at 12:48:00 PM 0 comments
Wednesday, July 22, 2009
KENANGANKU! (part 2)
ASSALAMUALAIKUM....
CIKGU SAMSUDIN
USTAZAH ASMAHAN
CIKGU ARNI DIANA..dia x ajar aku subjek yg berat2 ni..cikgu ni ajar aku PJ... aku not sure masa aku form berapa.. tapi dia pernah lah ajar aku..haha.. boleh plak aku lupa kan... jahat aku.. hurm.. aku dengan cikgu ni boleh lah nak katakan rapat.. boleh lah kira rapat dengan dia.. cikgu ni cute orang nya... baik pun baik.. suka lah aku kawan dengan cikgu ni... hurm..cikgu, ukhwah fillah abadan abada... luv u cikgu....

CIKGU ARNI DIANA
Masa aku sekolah..aku join pakaian seragam KADET POLIS.. boleh lah nak berbangga dengan jawatan aku dalam kadet polis tu.. and aku dah merasa macam2 xtvt semasa penglibatan aku dalam pakaian uniform tu.. menembak..kawad kaki memang bese dah sangat.. aku kemah sane sini..join kemah skuad ELIT.. macam2 lagi... hurm.. and cikgu yang pimpin aku dalam kadet polis tu, CIKGU ROHAIDA, CIKGU MOHAMAD and CIKGU SYED AZRUL.... tapi skrg ni, aku nak bercerita tentang cikgu syed azrul.. aku x pernah pun belajar dengan dia.. kenal and jadi rapat dengan dia di sebabkan kadet polis ni lah... hurm..cikgu ni..boleh lah..baik lah jugak..
CIKGU AZRUL
hurm..kengkawan sume.. nanti aku sambung lagi ye.. tetiba lak kepala aku rase sakit sangat sekarang ni.. aku nka rehat lah dulu.. insyaALLAH esok aku sambung lagi cite pasal cikgu2 aku...
haha..
assalamualaikum...
Posted by assniera88 at 12:21:00 AM 0 comments
Monday, July 20, 2009
PENCARIAN KU BERMULA DI SINI....INI ADALAH PERMULAAN BUKAN PENGAKHIRAN...
ASSALAMUALAIKUM SEMUA....
HURM... KEPADA SESIAPA YANG TERVIEW PAGE SAYA NI.. TERIMA KASIH DI UCAPKAN...HUR...
AND JIKALAU SESIAPA YANG TERVIEW TU KENAL DENGAN SORANG USTAZAH NI.. NAMA USTAZAH NI USTAZAH HANIZAH BTE ABDUL HAMID.. ASAL PENANG... AND USTAZAH NI PERNAH MENGAJAR DEKAT SEKOLAH KEBANGSAAN (LKTP) KERATONG SATU...LAST MENGAJAR MASA TAHUN 2000.. HOPENYA DAPAT LAH YE BAGI TAHU DEKAT SAYA.. HARAP SANGAT-SANGAT..
SEBABNYA SAYA NAK SANGAT BERJUMPA DENGAN DIA.. SAYA HARAP SESIAPA YANG KENAL DENGAN USTAZAH HANIZAH BOLEH BAGI MAKLUMAT PASAL USTAZAH DEKAT SAYA..
BUKAN APA.. SAYA NAK SANGAT BERJUMPA DENGAN DIA.. USTAZAH YANG PALING SAYA SAYANG...
AND SEORANG LAGI CIKGU SAYA.. CIKGU YANG PERNAH MENGAJAR DEKAT TADIKA KEMAS KERATONG SATU.. NAMA CIKGU NORAINI.. LAST MENGAJAR DEKAT TADIKA KEMAS KERATONG SATU KALAU TAK SALAH MASA TAHUN 1995... KALAU TAK SALAH PERNAH DUDUK DEKAT CENDERAWASIH, KUANTAN....
HOPE SESIAPA YANG MENGENALI DUA INSAN INI DAPAT BERHUBUNG DENGAN SAYA...PLEASE....
THANKS....
Posted by assniera88 at 11:25:00 PM 0 comments
KENANGANKU! (part 1)
TEACHER ZULIANA
Hurm..cikgu ya ajar aku dari aku form 1 sampai lah aku form 5.. mesti cikgu ya tension gile ajar aku.. student degil dia.. hurm.. form 4 and form 5 aku rasa cikgu ya lagi tension ajar aku.. nak fahamkan aku subjek akaun..hurm.. teacher..saya minta maaf dekat teacher sebab saya kecewakan teacher dengan result saya.. teacher mesti terluka dengan keputusan yang saya dapat kan? hurm.. (poyo lah aku ni..dulu suruh belajar betul2 memain je..ni baru nak sedor..hurm..)
USTAZAH NORHAIDA...hurm...aku sebenarnya x pernah belajar dengan ustazah.. tapi.. sebab ustazah pernah tolong aku.. tu yang buat aku terkenang sangat dengan ustazah.. ada cerita di sebaliknya..haha.. ustazah..thanks atas bantuan ustazah..dorongan dan sokongan ustazah selama ni.. hope our relationship berkekalan.. sayang ustazah....
USTAZAH HAIDA
Hurm.. kali ni pasal cikgu yang pernah ajar aku subjek math dulu.. nama cikgu ni CIKGU ROSMEDIN.. cikgu ni ajar aku math masa aku form 4 and form 5... hurm... jenuh dia nak pahamkann aku..haha.. aku pulak degil..malas lah ape lah..haha.. jahatkan aku..alhamdulillah berkat didikan dia..bleh lah aku berbangga dengan keputusan aku..
CIKGU ROSMEDIN
Pastu aku nak share dengan korang pasal cikgu aku yang pernah ajar aku subjek sejarah.. mase aku form 1 and 2.. CIKGU AZIZAH... cikgu ni pakai purdah.. aku boleh lah nak dikatakan rapat dengan dia.. hurm..cikgu ni dulu selalu lah jugak bagi support dekat aku.. and dulu aku rajin jugak datang rumah dia.. cume sekarang ni je.. bukan xnak pergi..huhu.. insyaALLAH aku akan sampai jugak.. hurm.. cikgu..terima kasih banyak2 sebab dah banyak bantu aishah.. dan terima kasih jugak dekat cikgu sebab kalau cikgu tak nasihat aishah dulu mungkin sampai sekarang aishah masih lagi tak menjaga aurat aishah.. terima kasih cikgu... (ala cikgu..kadang2 saya pakai lah.. owh.. kirenya selalu lah dapat dosa kadang2 lah dapat pahala ye...) tu lah kata2 yang betul menusuk kat hati aku.. kalau cikgu tak cakap macam tu..ntahlah.. lagipun..aku memang berniat nak jadi macam dia.. insyaALLAH....
CIKGU AZIZAH
USTAZAH BAINAH
Masa aku form 4.. aku join FORUM REMAJA.. and cikgu ni lah yaang handle group aku dulu... and cikgu ni ajar aku subjek sejarah mase aku form 4 and form 5.. CIKGU ZULIHA.. cikgu ni bayak sabar dengan karenah aku.. masa dalam kelas and masa ajar aku cara2 berforum.. hurm..aku ni dah lah jenis yang ntah ape2.. hurm.. cikgu..aishah nak minta maaf sebab dah banyak susah kan cikgu.. and aishah minta maaf sebab pernah luka kan hati cikgu..
CIKGU ZULIHA
Terima kasih buat cikgu2 semua.. terima kasih sebab cikgu semua banyak bersabar dengan aishah.. banyak berkorban demi kami semua anak murid cikgu... jasa kalian semua tak mungkin dapat kami lupakan... dengan jasa cikgu semua.. saya menjadi manusia berguna.. terima kasih cikgu....
ok lah.. insyaALLAH nanti aku sambung part 2 ye... tentang cikgu2 lain... yang mana aku tak sempat nak cerita hari ni.. esok insyaALLAH aku sambung lagi...
tunggu.................!
assalamualaikum....
Posted by assniera88 at 10:16:00 PM 0 comments
Sunday, July 12, 2009
RENUNGKANLAH....
Subject: Manusia , Malaikat , Syaitan ...
Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz
Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? ..
Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!
Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?
Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.
Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat
dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..
Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ..
Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?
Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat.. lagipun muda hanya sekali.. rugila..
(kalau sempatla)
Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah,
berpalinglah dari jalan itu ....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?
Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan
akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan di
akhirat (jangan mimpilah!) untukmu....
Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda – Patut ke aku biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox aku.
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (Forward E-mail ini)
3. Syaitan - Tak payahlah sebuk2
Wassalam. ...
Posted by assniera88 at 2:39:00 PM 0 comments