BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, July 20, 2009

PENCARIAN KU BERMULA DI SINI....INI ADALAH PERMULAAN BUKAN PENGAKHIRAN...

ASSALAMUALAIKUM SEMUA....

HURM... KEPADA SESIAPA YANG TERVIEW PAGE SAYA NI.. TERIMA KASIH DI UCAPKAN...HUR...

AND JIKALAU SESIAPA YANG TERVIEW TU KENAL DENGAN SORANG USTAZAH NI.. NAMA USTAZAH NI USTAZAH HANIZAH BTE ABDUL HAMID.. ASAL PENANG... AND USTAZAH NI PERNAH MENGAJAR DEKAT SEKOLAH KEBANGSAAN (LKTP) KERATONG SATU...LAST MENGAJAR MASA TAHUN 2000.. HOPENYA DAPAT LAH YE BAGI TAHU DEKAT SAYA.. HARAP SANGAT-SANGAT..

SEBABNYA SAYA NAK SANGAT BERJUMPA DENGAN DIA.. SAYA HARAP SESIAPA YANG KENAL DENGAN USTAZAH HANIZAH BOLEH BAGI MAKLUMAT PASAL USTAZAH DEKAT SAYA..

BUKAN APA.. SAYA NAK SANGAT BERJUMPA DENGAN DIA.. USTAZAH YANG PALING SAYA SAYANG...


AND SEORANG LAGI CIKGU SAYA.. CIKGU YANG PERNAH MENGAJAR DEKAT TADIKA KEMAS KERATONG SATU.. NAMA CIKGU NORAINI.. LAST MENGAJAR DEKAT TADIKA KEMAS KERATONG SATU KALAU TAK SALAH MASA TAHUN 1995... KALAU TAK SALAH PERNAH DUDUK DEKAT CENDERAWASIH, KUANTAN....


HOPE SESIAPA YANG MENGENALI DUA INSAN INI DAPAT BERHUBUNG DENGAN SAYA...PLEASE....


THANKS....

KENANGANKU! (part 1)


ASSALAMUALAIKUM..

Hurm.. hari ni..aku nak cite pasal kenangan aku..haha..xde lah.. aku nak story sikit pasal cikgu2 aku mase aku sekolah dulu..haha..cam bagus je kan nak cite..(maksud aku cerita mase sekolah dulu)...hurm...tapi bukan sume cikgu aku nak cerita kan.. sebab gambar dorang yg lain..x sempat aku nak copy..hahaha..jahat aku..hikhik... and cikgu2 yang pernah ajar aku dulu, ramai dah yang pindah...hurm...


Ok..mula2 aku nak cite pasal cikgu aku sorang ni.. aku belajar dengan dia dari aku form 1.. sampailah aku form 5.. form 1 sampai form 3 cikgu aku ni ajar aku BI.. form4 sampai form 5 cikgu nih ajar aku prinsip akaun...hurm... nama cikgu ni cikgu ZULIANA bte GHAZALI.. tapi aku panggil cikgu ni.. cikgu ya.. kadang2 teacher ya..haha.. ikut selera masa tu..haha..

TEACHER ZULIANA

Hurm..cikgu ya ajar aku dari aku form 1 sampai lah aku form 5.. mesti cikgu ya tension gile ajar aku.. student degil dia.. hurm.. form 4 and form 5 aku rasa cikgu ya lagi tension ajar aku.. nak fahamkan aku subjek akaun..hurm.. teacher..saya minta maaf dekat teacher sebab saya kecewakan teacher dengan result saya.. teacher mesti terluka dengan keputusan yang saya dapat kan? hurm.. (poyo lah aku ni..dulu suruh belajar betul2 memain je..ni baru nak sedor..hurm..)





USTAZAH NORHAIDA...hurm...aku sebenarnya x pernah belajar dengan ustazah.. tapi.. sebab ustazah pernah tolong aku.. tu yang buat aku terkenang sangat dengan ustazah.. ada cerita di sebaliknya..haha.. ustazah..thanks atas bantuan ustazah..dorongan dan sokongan ustazah selama ni.. hope our relationship berkekalan.. sayang ustazah....



USTAZAH HAIDA


Hurm.. kali ni pasal cikgu yang pernah ajar aku subjek math dulu.. nama cikgu ni CIKGU ROSMEDIN.. cikgu ni ajar aku math masa aku form 4 and form 5... hurm... jenuh dia nak pahamkann aku..haha.. aku pulak degil..malas lah ape lah..haha.. jahatkan aku..alhamdulillah berkat didikan dia..bleh lah aku berbangga dengan keputusan aku..


CIKGU ROSMEDIN


Pastu aku nak share dengan korang pasal cikgu aku yang pernah ajar aku subjek sejarah.. mase aku form 1 and 2.. CIKGU AZIZAH... cikgu ni pakai purdah.. aku boleh lah nak dikatakan rapat dengan dia.. hurm..cikgu ni dulu selalu lah jugak bagi support dekat aku.. and dulu aku rajin jugak datang rumah dia.. cume sekarang ni je.. bukan xnak pergi..huhu.. insyaALLAH aku akan sampai jugak.. hurm.. cikgu..terima kasih banyak2 sebab dah banyak bantu aishah.. dan terima kasih jugak dekat cikgu sebab kalau cikgu tak nasihat aishah dulu mungkin sampai sekarang aishah masih lagi tak menjaga aurat aishah.. terima kasih cikgu... (ala cikgu..kadang2 saya pakai lah.. owh.. kirenya selalu lah dapat dosa kadang2 lah dapat pahala ye...) tu lah kata2 yang betul menusuk kat hati aku.. kalau cikgu tak cakap macam tu..ntahlah.. lagipun..aku memang berniat nak jadi macam dia.. insyaALLAH....

CIKGU AZIZAH


= ("Aishah tu kakak kamu ye?" "ha'ah..aishah tu kakak saya.. kenapa ustazah?" "owh dulu kakak kamu tu gedik") hahaha.. tergelak aku dengar bila adik aku cerita pasal USTAZAH BAINAH kata aku macam tu.. ustazah ni ajar aku pendidikan islam mase aku form 2... ustazah ni baik.. lembut je orang nye.. cute pun ye.. hahaha..



USTAZAH BAINAH





Masa aku form 4.. aku join FORUM REMAJA.. and cikgu ni lah yaang handle group aku dulu... and cikgu ni ajar aku subjek sejarah mase aku form 4 and form 5.. CIKGU ZULIHA.. cikgu ni bayak sabar dengan karenah aku.. masa dalam kelas and masa ajar aku cara2 berforum.. hurm..aku ni dah lah jenis yang ntah ape2.. hurm.. cikgu..aishah nak minta maaf sebab dah banyak susah kan cikgu.. and aishah minta maaf sebab pernah luka kan hati cikgu..

CIKGU ZULIHA

Terima kasih buat cikgu2 semua.. terima kasih sebab cikgu semua banyak bersabar dengan aishah.. banyak berkorban demi kami semua anak murid cikgu... jasa kalian semua tak mungkin dapat kami lupakan... dengan jasa cikgu semua.. saya menjadi manusia berguna.. terima kasih cikgu....

ok lah.. insyaALLAH nanti aku sambung part 2 ye... tentang cikgu2 lain... yang mana aku tak sempat nak cerita hari ni.. esok insyaALLAH aku sambung lagi...

tunggu.................!

assalamualaikum....

Sunday, July 12, 2009

RENUNGKANLAH....

Subject: Manusia , Malaikat , Syaitan ...

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz


Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? ..

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat
dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ..

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat.. lagipun muda hanya sekali.. rugila..
(kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah,
berpalinglah dari jalan itu ....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan
akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan di
akhirat (jangan mimpilah!) untukmu....


Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda – Patut ke aku biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox aku.
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (Forward E-mail ini)
3. Syaitan - Tak payahlah sebuk2

Wassalam. ...

HAYATILAH...SUBHANALLAH..

Gadis melampau menerima padah

Menurut majalah MANAR ISLAM, pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.

Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya. "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki....” nasihat orang tua itu. Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. "Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?" Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat.. "Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda i tu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi. Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian.

Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri.... Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.

Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.

Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw dengan mempersendakan atau ejekan.

Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam. Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja yang akan mene ntukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodohitu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan. Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang di lakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu hingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang itu. Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang menjadikan bumi ini.

Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah swt. Taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yan g benar dan kekuatan agar sentiasa dapat menjaga lidah kita.

*Dipetik dari majalah Iskandariah Mesir 'MANAR ISLAM'

sayang!

Assalamualaikum..

sajak ni..saya dapat dari kakak saya..

terima kasih kak atas sajak yg akak bagi ni..

hurm..terima kasih jugak sebab dah banyak sangat akak tolong adik..bagi adik semangat bila adik jatuh..akak bagi kata-kata penguat semangat adik..terima kasih atas sokongan dan dorongan akak pada adik.. dan yang paling penting terima kasih sebab jadi kakak adik..

love u!







sahabat semua..hayatilah..





ADIKKU SAYANG...

Khas buat adik tersayang..



ADIKKU SAYANG..

Adikku,

Genggamlah segunung semangat di tanganmu..

Peluklah selaut ketabahan sepenuh hatimu..

Jangan kau gusar apa juga arus yang melanda..

Teruskan melangkah berani menongkah rintangan..

Yang tidak akan sunyi mengganggu hidupmu..

Kerana badai inilah yang mematangkan dirimu..

Rintangan inilah yang menguatkanmu..

Arus ini lah yang mendidikmu...

Demi menjadi insan dewasa..



Adikku..

Nyalakanlah api kecekalanmu sentiap masa..

Marakkanlah ia dengan usaha seluruh nyawa..

Hangatkanlah ia dengan doa dan tawakkal kepada Pencipta..

Usah kau gusar..

Usar kau bimbang..

Usah kau lemah..

Kerana daripada dan kepadaNYA segala-gala..

Pasti denganNYA kau bertemu salju ketenangan..



Adikku sayang..

Gagahkan langkahmu..

Eratkan genggaman semangatmu..

Teguhkan benteng doamu..

Bersenjatakan pasrah akan ketentuaNYA..

Kau pasti berjaya..

Meniti hari muka..

Sebagai insan dewasa..

Harus kau percaya dengan pasti..

Dunia tidak kekal abadi..

Hanya menguji cekalnya hati..

Sebagai khalif..





FROM= KAK ASILAH..my dear sister..!

Friday, July 10, 2009

HAPPY BIRTHDAY..!!


assalamualaikum..

kepada sesiapa yg dah view page saya ni..saya say thanks bebanyak..nad jangan lupa lah ye tglkan comment...hahhaa..



hari ni..hari yg amat bermakna buat diri ni..hari ni genaplah umurku 21 tahun..macam tak caye je aku ni dah beso..haha.. ya ALLAH semoga dengan bertambahnye umur hamba-Mu ini..bertambah jugak lah amalku kepada-Mu..insyaALLAH..



kepada kengkawan aku yg dah wish besday dekat aku tu..

aku say thanks lah ye..



haha..

rindu dekat kengkawan sumer...

luv u all...

Thursday, July 09, 2009

10 Wasiat Untuk Diamalkan

1 Wahai kawanku
Segeralah tunaikan solat di awal waktu
Di kala mendengar azan
Usahakanlah semampu yang terdaya
Ini membuktikan kesungguhan anda
Di situ ada sumber kejayaan
Di situ ada sumber pertolongan
Di situ ada sumber taufiq
Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran,
….dimulakan dengan menyebut solat di awalnya
Juga di medan perang. Walaupun…
di saat genting dan cemas

2 Wahai kawanku
Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya
Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupunn sedikit
Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan
Sesungguhnya al-Quran adalah
sumber asli lautan ilmu
Sumber hidayah kepada anda dan saya
Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat
Sentiasalah membaca, menghafal dan…
cuba hayati mesej arahannya
Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!!
Di sini ada ketenteraman
Di sini ada kedamaian
Di sini ada kesalaman
Jadilah hamba yang sejahtera

3 Wahai kawanku
Dorongkanlah diri untuk menguasai
bahasa al-Quran
Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan
Sebenarnya anda telah lama bermula
Iaitu sejak anda solat setiap hari
Sebut dulu walaupun tak paham
Antara malapetaka pertama menimpa umat kita…
ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya
juga mengutamakan bahasa pasar
Ayuh!!!Apa tunggu lagi?????
Bukalah ruang walaupun seminit!!

4 Wahai kawanku
Usahlah bertarung ide tanpa adabnya
Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan
Awasilah pertengkaran
kerana di sana ada unsur lain membisikkan?
Syaitannn namanya!!!

5 Wahai kawan
Senyumlah selalu tapi bersederhanalah
dalam ketawa
Rasulullah saw adalah
yang paling banyak senyum
Baginda ketawa tetapi kena pada tempatnya
Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan!
Plato juga mengharap agar pementasan hiburan
yang tidak bermutu, terlalu banyak ketawa bodoh,
hanya disaksikan oleh golongan hamba abdi
dan orang upahan asing!
Begitu juga Aristotle berpendapat
supaya golongan belia ditegah daripada
menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan
perbuatan ketawa berlebih-lebihan
Supaya tidak menular
Keburukan dalam diri!!!

6 Wahai kawanku
Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan
Tanpa serius, hilanglah kesungguhan
Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan
Kata seorang penyair :
Berikan kerehatan kepada jiwamu
yang sibuk dengan berfikir
ubati dengan bergurau
Tapi,
Kalau mengubatinya dengan bergurau
mestilah dalam batas
Seperti kau memasukkan garam
ke dalam gulai

7 Wahai kawanku
Kawallah nada suaramu
setakat yang diperlukan
oleh pendengar di depanmu
Janganlah jadi seperti orang bodoh
Bahkan menyakitkan hati orang lain pula!!!
Lukman Hakim juga
mencela orang yang tidak pandai
menjaga nada suara pada tempatnya
Itulah katanya suara keldai!!!
Surah al-Isra’memberi tip kepada kita….
Jangan keraskan suaramu dalam solat
Tapi jangan pula merendahkannya
Carilah jalan tengah antara keduanya

8 Wahai kawanku
Usahlah mengumpat-umpat
Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain
Bercakaplah jika ada unsur kebajikan
Ayuh, hindarilah mengumpat!
Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah yang lain!!!
Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama
Sukakah anda memakan daging? Pasti anda suka!!
Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda
yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!!!
Begitulah dosa orang yang mengumpat
Bertaubatlah jika anda mengumpat
Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu
bersama!
Boleh mengumpat…apabila ada tujuan syarie
-untuk menuntut kezaliman apabila dizalimi
-untuk menghapuskan kemungkaran
-kerana memberi fatwa
-kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan
-kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan

9 Wahai kawanku
Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia
Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian !!!
Salam kasih sayang adalah untuk semua
Salam kemesraan adalah untuk sejagat
Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan…!!!
Lihatlah pensyariatan ibadah haji
Pelbagai bangsa datang berkunjung!!!
Pelbagai lapisan datang berkunjung!!!
Pelbagai darjat datang berkunjung
Sama-sama menjunjung obor suci
Tidak mengenali tapi tak sepi

10 Wahai kawan
Maksimumkanlah faedah waktu anda dan
Tolonglah orang lain
supaya memanfaatkan masa
Hadkanlah masa penunaiannya
Biasakan hidup berjadual di hadapan
Bijaksanalah menggunakan waktu anda!
Bersegeralah, kerana
Sabda Nabi saw bermaksud :
“Bertindak segeralah melakukan amal…”
(diulanginya 7 kali)
Sayangilah masa saudaramu!!
Hormatilah waktu mereka!!
Usahlah berbicara meleret-leret…
Tanpa haluan dan noktahnya
Semoga panduan, tip, nasihat, tunjuk ajar
dan penulisan ini dapat dikongsi faedah bersama
Amin, amin, amin……..