BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, September 09, 2009

::RINDU:: (version2)

Assalamualaikum..


hurm.. tetiba masa ni aku teringatkan kawan aku dona.. dah lama kami x jumpe.. rindu rase dekat dona.. kawan aku masa susah dan senang.. baru2 ni dia da cakap dekat aku yg dia nak balik kampung halaman dia.. dia nak balik PADANG.. mesti masa tu aku bertambah2 rindu dekat dia.. and dia datang balik ke Malaysia ni, masa kitorang konvo nanti.. dan daripada perancangan dia, gaya nya macam tak duk lama sangat dekat sini after konvo.. sedih aku mengenangkan tu semua.. tapi, adatlah kan.. setiap pertemuan pasti akan ada nya perpisahan.. dan aku dengan dona hanya berpisah dek jarak je.. dan aku sepatutnya bersyukur sebab aku masih berkesempatan untuk jumpa dia lagi sekiranya ada rezeki.. DONA.... CA RINDU NA...


pelik.. masa aku dekat kolej dulu, kitorang takde lah rapat sangat.. cuma bila dah last sem aku dekat sana dan kitorang same2 praktikal dekat tempat yg sama barulah kemesraan antara kitorang berputik dan terus berkembang.. sampailah sekarang.. dan aku doa persahabatan aku dengan dona akan berkekalan sampai bila2.. masa kitorang praktikal dulu dekat JAKIM kami sama2 duk umah yg sama and duk bahagian yg sama iaitu Bahagian Dakwah.. agak seronok juga kami dekat situ.. orang2 nya yg boleh dikatakan 'mesra alam' dengan kami..


owh.. masa aku pratikal dekat JAKIM tu, kami bertiga.. aku, dona and adhwa'.. kami duk umah makcik adhwa'.. yg kami panggil dia ANDAK.. alhamdulillah.. makcik adhwa ni baik sangat.. kami pergi kerja sama-sama... kebetulan makcik adhwa' ni, keje dekat BPR.. sebelah je dengan JAKIM.. so dah kebetulan sangat2 kami pergi sama2.. rezeki kami jugak lah kan..


gambar ni masa kami semua buat jamuan hari raya JAKIM.. semua bahagian ada.. ni adalah sebahagian drpd staff bahagian dakwah tu..


ni plak gambar kami dengan Pengarah Bahagian Dakwah, Ustaz Halid dan Ketua Pen. Pengarah, Ustazah Fatimah..

tapi.. sekarang ni ketua penolong pengarah bukan lagi ustazah fatimah.. ustazah fatimah bertukar ke bahagian lain.. ke bahagian penyelidikan JAKIM..

rindu rasanya saat2 tu.. macam2 kenangan.. dan yg paling penting, macam2 pengalaman dan ilmu yg kami kutip dekat sini.. dan macam2 program jugak lah yg kami dah jayakan..

ish3.. kenangan...kenangan...

ok lah.. nanti aku sambung celoteh ag dekat sini..

tata...

assalamualaikum...


0 comments: