BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, September 13, 2009

::BINGKISAN BUAT SAHABATKU::

Sahabat ku...
Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik..
Tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok..
Menghiasai taman-taman indah..
Lantas menjadi perhatian sang kumbang..
Kau umpama sekuntum bunga harum..
Aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu..
Namun..
Tidak semua bunga senang untuk didekati..
Lantaran duri yang memagari dirimu..
Umpaama mawar..
Dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya..
Serta kilauan warnanya yang memancar indah..
Mengundang kekaguman terhadap sang kumbang berfikir beberapa kali..
Untuk mendekatinya..

Sahabatku...
Alangkah bagusnya kiranya kau seperti mawar inspirasi setiap mujahidah..
Bentengilah dirimu dengan perasaan malu..
Yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah..
Hiasilah wajahmu dengan titisan wudhu'..
Sebagai ganti alat solek berjenama yahudi..
Dan..
Alangkah indahnya sekiranya wajahmu yang ayu itu..
Berada disebalik tabir yang dilindungi oleh secebis kain..
Yang tidak berharga apa-apa disisi manusia..
Namun hakikatnya..
Kau berada dalam pemerhatian ALLAH swt..
Kerna..
Cuba menghidupkan sesuatu sunnah..
Maka..
Sudah pasti akan tergolong bersama-sama mereka yang bakal mendapat..
Seratus pahala syahid..
Andai generasi kita tidak cuba mempertahankan warisan itu..
Maka..
Generasi manakah yang sanggup mempertahankannya..
Dalam arus kebejatan sosial yang kian melanda..

Sahabatku..
Sesungguhnya sesuatu yang tertutup itu..
Lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah..
Umpama sebutir permata yang didedahkan buat perhatian umum..
Dengan permata yang diletakkan dalam bekas tertutup..
Sudah pasti keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu melebihi Yang terdedah..
Wanita yang solehah yang taat dan patuh kepada al-Khaleq..
Dalam melayari liku-liku kehidupan adalah harapan setiap insan bernama Adam..
Namun..
Ingatlah sahabatku..
Sesiapa yang inginkan kebaikan..
Maka..
Allah akan memudahkan jalan-jalan ke arah itu..
Yang penting sahabatku..
Kita mesti punya azam, usaha dan istiqamah..

Sahabat...
akuilah hakikat kejadian dirimu..
Yang menjadi fitnah kepada kebanyakkan lelaki..
Seandainya pakaian malumu kau tinggalkan dari tubuhmu..
Maka..
Sudah pasti tiada lagi perisai yang dapat membentengimu..
Sesungguhnya Nabi ada menyatakan tentang bahaya dirimu..
"Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar dan bermaharajalela selepas wafatku Terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca dari wanita"..
Dan juga sabda Rasulullah yang bermaksud..
"Bertaqwalah kamu kepada Allah pada (fitnah) wanita"..

Oleh itu sahabatku..
Setiap langkah dan tindakan kita..
Hendaklah berpaksikan kepada al-Quran dan as-Sunnah..
Jangan biarkan orang mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu..
Sesungguhnya Allah mengangkat martabatnu sebaris dengan kaum rijal..
Kau harapan ummah..
Dalam melahirkan para mujahidah..
Yang bisa menggoncang dunia dengan sentuhan lembut tanganmu..

Sahabatku..
Ayuhlah kita teruskan perjuangan..
Menunaikan impian ayah bonda..
Yang mengharapkan kejayaan melingkari hidup ini..
Sebelum mengakhiri bicara ini, salam kemaafan ku hulurkan..
Andai ada yang terguris dihati..
Daku cuma ingin menyampaikan...
Saling mengingatkan sesama insan...
Moga-moga ia bisa menjadi bekalan buat kita meneruskan perjalanan yang Entah bila akan sampai ke penghujungnya...

P/s:
* ni aku dapat dari seorang senior sekolah aku dulu..
dah lama dah..
aku dapat ni masa aku form 3..
masa tu da program seminar motivasi..
dan sister ni menjadi fasi aku..
kepada kak Nur Azimah Mohamat..
thanks...

0 comments: