BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, December 29, 2009

KOLEJ KU..(^_^)V

Laman IPTS: Gabung pengajian
Oleh Basir Zahrom

KDH bangun tradisi ilmu, jadikan Islam cara hidup

KOLEJ swasta Islam terawal di negara ini, Kolej Dar al-Hikmah (KDH) yang ditubuhkan sejak 20 tahun lalu kini mengorak langkah mencapai cita-cita bergelar kolej universiti dalam tempoh lima tahun lagi.

Peranan yang ingin dipikul pula berdasarkan falsafah pendidikannya yang menggabungkan program profesional dan akademik adalah untuk melahirkan insan beriman, berilmu, berketerampilan, berani, berakhlak dan berdaya maju.



Kini, institusi pada awalnya dikenali sebagai Institut Pengajian Ilmu-ilmu Islam itu menawarkan semua program mendapat akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan sentiasa dikemas kini mengikut keperluan semasa.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Md Fuad Bahari, berkata bagi mencapai matlamat itu, pihaknya merancang menawarkan program baru dalam bidang lain seperti kejururawatan dan ekopelancongan.

Selain menawarkan pengajian hingga ke peringkat ijazah, beliau berkata, kolej itu juga merancang menyediakan kampus lebih besar.

Bagaimanapun, katanya, matlamat diutamakan kolej itu sama iaitu membangun tradisi ilmu memugar kegemilangan tamadun dan menjadikan Islam sebagai cara hidup dengan menyediakan kursus asas agama itu sebagai subjek wajib.

“KDH yang bernaung di bawah Angkatan Belia Islam Malaysia adalah kesinambungan program tarbiyah dan dakwah angkatan itu bermula dengan Taman Asuhan kanak-kanak Islam, Sekolah Rendah Islam dan Sekolah Menengah Islam.

“Di sini, beberapa kursus wajib perlu diikuti pelajar iaitu Fiqh Islami, Peradaban Islam, Pengantar Pengurusan, Metodologi Penyelidikan dan usrah,” katanya kepada Berita Harian.

Md Fuad berkata, program diploma ditawarkan kolej itu antaranya dalam bidang Psikologi, Diploma Kaunseling, Pengajian Syariah, Usuluddin, Perakaunan dan Pengajian Islam (Muamalat), manakala peringkat sijil pula Perguruan Prasekolah.

Beliau berkata, kolej itu juga akan memperkenalkan program baru yang mendapat pengiktirafan MQA, Diploma Kesihatan Persekitaran, mulai Januari depan.

KDH disifatkan kolej rakyat kerana yuran dikenakan antara termurah berbanding institusi pengajian tinggi swasta lain termasuk institusi yang mendapat tajaan kerajaan negeri.

Sebagai contoh, katanya, yuran Diploma Perakaunan hanya RM15,445 untuk pengajian dua tahun setengah berbanding kolej lain mencecah RM27,000.

Sambil menjelaskan pembayaran yurannya fleksibel kerana boleh dibuat secara ansuran bulanan, beliau berkata:

“Kita tidak terlalu bergantung kepada bayaran yuran pelajar kerana KDH mempunyai Al-Hikmah Training and Consultancy yang mengendalikan kursus jangka pendek.

“Selain itu, akademi kajian ketamadunan banyak mengeluarkan buku untuk dijual, jadi keuntungannya sedikit sebanyak membantu bagi menampung kos pengurusan kolej ini,” katanya.

Md Fuad berkata, hubungan erat warga KDH menjadi kelebihan belajar di kolej itu, selain nisbah antara pensyarah dan pelajar kecil, iaitu 60 pelajar yang mengikuti diploma sepenuh masa, manakala lebih 300 orang bagi kursus separuh masa (modular).

Katanya, kursus modular diikuti golongan bekerja yang mahu meningkatkan pengetahuan dan kelayakan dalam bidang diceburi, termasuk di kalangan mereka yang bukan Islam.

“Pensyarah kami juga berkualiti, masing-masing mempunyai kelulusan sama ada dari dalam mahupun luar negara,” katanya.

Wednesday, December 16, 2009

TOMAT (TOBAT MAKSIAT)- WALI BAND

Dengarlah Hai Sobat
Saat Kau Maksiat
dan Kau Bayangkan Ajal Mendekat
Apa Kan Kau Buat
Kau Takkan Selamat
Pasti Dirimu Habis dan Tamat


Bukan ku Sok Taat
Sebelum Terlambat
Ayo Sama-sama Kita Taubat
Dunia Sesaat
Awas Kau Tersesat
Ingatlah Masih Ada Akhirat

Astafighrullahaladzim


Reff
Ingat Mati
Ingat Sakit
Ingatlah Saat Kau Sulit
Ingat Ingat Hidup Cuman Satu Kali


Berapa Dosa Kau Buat
Berapa Kali Maksiat
Ingat Ingat Sobat Ingatlah Akhirat
Cepat Ucap Astafighrullahaladzim


Pandanglah Ke Sana
Lihat Yang Di Sana
Mereka Yang Terbaring Di Tanah
Bukankah Mereka
Pernah Hidup Juga
Kita Pun Kan Menyusul Mereka

Astafighrullahaladzim


Repeat Reff
Cepat Ucap Astafighrullahaladzim
Repeat Reff
Cepat Ucap Astafighrullahaladzim

Cepat Ucap Astafighrullahaladzim